Khamis, 30 Mei 2013

Pes Koay Teow Kerang - Bajet dan Serbaguna


Salam,


Ninie nak mempromosikan sejenis pes serbaguna buatan bumiputera yang 100% halal, enak, sedap dan menyenangkan. Pes ini sebenarnya direka cipta untuk tujuan Koay Teow Kerang yang memang famous kat area utara tu, terutama daerah Pendang. Kini ia telah dipelbagaikan kegunaan untuk memasak masakan yang pelbagai dan tidak terhad untuk koay teow kerang sahaja.

Sejarahnya, dengan pes nie laa Ninie berjaya berniaga pasar ramadhan, berjaya berniaga di gerai tepi jalan malahan menambah duit poket Ninie seharian. Kalau dulu, memang Ninie expertisekan pes nie untuk buat Koay Teow Kerang dan juga Char Koay Teow jaa. Kini ianya telah dikomersialkan untuk kegunaan harian, sangat memudahkan surirumah dan bapak bapak yang ingin menghidangkan masakan enak kepada keluarga.

Tak susah pun, panaskan minyak dan tumiskan pes nie. Masukkan apa apa saja yang terniat kat hati korang samaada mee, koayteow, meehoon, mee segera dan kalau kreatif boleh buat pes ikan bakar. Lepas tu masukkan samaada ayam, sotong, daging, kerang atau apa apa saja seafood yang atau rencah yang terfikir. Masukkan kicap, gaulkan dan angkat. Hidangkan untuk seisi keluarga...Senang kan?

Kalau berminat, boleh hubungi Ninie. Harga sangat bajet...sesuai dengan namanya pes bajet. RM 10 untuk sebotol. Untuk jualan secara pukal, boleh dirundingkan.






Hahaaa...kalau tak caya, tengok kat sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan