Khamis, 30 Mei 2013

Pes Koay Teow Kerang - Bajet dan Serbaguna


Salam,


Ninie nak mempromosikan sejenis pes serbaguna buatan bumiputera yang 100% halal, enak, sedap dan menyenangkan. Pes ini sebenarnya direka cipta untuk tujuan Koay Teow Kerang yang memang famous kat area utara tu, terutama daerah Pendang. Kini ia telah dipelbagaikan kegunaan untuk memasak masakan yang pelbagai dan tidak terhad untuk koay teow kerang sahaja.

Sejarahnya, dengan pes nie laa Ninie berjaya berniaga pasar ramadhan, berjaya berniaga di gerai tepi jalan malahan menambah duit poket Ninie seharian. Kalau dulu, memang Ninie expertisekan pes nie untuk buat Koay Teow Kerang dan juga Char Koay Teow jaa. Kini ianya telah dikomersialkan untuk kegunaan harian, sangat memudahkan surirumah dan bapak bapak yang ingin menghidangkan masakan enak kepada keluarga.

Tak susah pun, panaskan minyak dan tumiskan pes nie. Masukkan apa apa saja yang terniat kat hati korang samaada mee, koayteow, meehoon, mee segera dan kalau kreatif boleh buat pes ikan bakar. Lepas tu masukkan samaada ayam, sotong, daging, kerang atau apa apa saja seafood yang atau rencah yang terfikir. Masukkan kicap, gaulkan dan angkat. Hidangkan untuk seisi keluarga...Senang kan?

Kalau berminat, boleh hubungi Ninie. Harga sangat bajet...sesuai dengan namanya pes bajet. RM 10 untuk sebotol. Untuk jualan secara pukal, boleh dirundingkan.






Hahaaa...kalau tak caya, tengok kat sini.

Isnin, 27 Mei 2013

Sabah..percutian 3hari 2malam

SaLAM,.

Kali nie ninie bersama family berkesempatan ke Negeri Di Bawah Bayu pada dua minggu lepas. utk pengetahuan semua, En suami yang plan untuk tidak ke sana pada musim cuti sekolah. Bimbangkan kemungkinan sibuk dan juga terpaksa bersesak sesak. Sebab En suami tak gemar sangat kalau terlalu crowded...rimas..katanya heheeheh.

Pemandangan dari atas awan
Dapat tangkap gambar sayap lagi...huhuhu
Macam biasa laa...sekarang nie kalau niat jer nak berjalan..Airasia jerr yg jadi tumpuan. Tapi terasa macam ralat jugak, bukan sebab issue yg ada dengan AirAsia sekarang nie, tapi dengan kemunculan Malindo Air. Tup tup, bila Ninie baca, Malindo Air dengan promosi Low Fare yang ada sekarang, better value bagi Ninie. 

Berlepas dari KLIA, dapat snack free semasa penerbangan dan juga ada inhouse entertainment. harga tiket? Hampir sama dengan AirAsia punya tiket yang kita booking masa promosi tambang rendah diaorang beberapa bulan lalu...ishhhh.

Ramainya manusia naik flight masa nie...penuh seat

Ninie ke sana bertiga, Ninie, En suami dan anak Ninie. Jom ikuti catatan ronda ronda kami selama tiga hari di sana, tanpa bantuan GPS, Peta mahupun Tourist Guide...huhuhu...Insya Allah selagi kita berada dalam bumi Malaysia, kita tak akan sesat..

Ahad, 26 Mei 2013

Selamat hari lahir buatku....26/05

salam

Alhamdullilah hari nie genaplah ninie 35 tahun...tua sudah hehehehe.dgn limpah kurniaNya ninie masih mampu bernafas didunia ini.



Buat suami tersayang,
Terima kasih atas segalanya.
Kepada keluarga,kawan2,teman2 yg mengirimkan ucapan Hari Lahir di FB dan sms,ninie ucapkan terima kasih atas ingatan dan doa kalian.semoga setiap doa itu dimakbulkan Allah.Amin sejak dari pagi,penuh wall di FB dgn ucapan dan doa dari kenalan ninie ,ninie  akan usahankan membalas satu persatu.Terima kasih semua....

Sabtu, 25 Mei 2013

Lokan Bakar, Jeli Kelapa, Kelapa Bakar, Salut, Kota Kinabalu

Salam,

Hmm...Kalau sesiapa yang pergi Sabah dan tak merasa lokan bakar nie, ibarat perjalanan dia ke Kota Kinabalu nie tak sempurna laa. Lokasi lokan bakar nie kat Salut, jalan ke Gayang dan Tuaran. Betul betul berada di tepi simpang empat. Banyak deretan kedai, so pilih laa yer..Ninie tak pandai nak suggest.


 Pilih laa kedai yang ramai customer. Sebab biasanya penduduk tempatan nie lebih tau yang mana lebih sedap. Kalau was was, pilih laa kedai yang ada tulisan ayat Quran kat dinding dia tu..sebab Sabah nie nampak macam sama, tapi ramai juga penganut agama kristian.











Kinabalu Park

Salam,

Kalau dah sampai ke Sabah, rugi laa kalau tak pergi ke Kinabalu Park. Dari sini laa kita boleh tengok dengan jelas Gunung Kinabalu yang sangat megah tu. nak masuk ke Kinabalu Park nie, tolong bayar RM3 seorang yaa...dan pastikan yang anda sampai seawal subuh. Sebab kalau dah pukul 8-9 pagi, awan dah mula menutupi gunung..















Jumaat, 24 Mei 2013

Rumah Terbalik, Tamparuli

Macam tak berbaloi ajer bayar RM 10 masuk rumah terbalik nie...hmmm