Rabu, 22 Mei 2013

J Residence, Kundasang

Salam,

Baru baru nie berkesempatan pergi ke Sabah. Macam biasa jalan jalan, makan makan. Untuk percutian kali nie, kami menginap di J Residence, Kundasang. Suasana kawasan kaki gunung yang sangat nyaman. Lokasi tempat penginapan nie pun saya dapat daripada pembacaan dan review review dari blogger blogger.


Kami sampai di Kundasang pada jam 5  petang, setelah flight mendarat pada jam 1 tengahhari, setelah delay selama 1 jam akibat landasan sesak...hehehe. yer ker? Rasanya laa kot..Hubby sewa kereta dan pandu sendiri. Cam pandai jerr...

Setelah makan tengahhari kat KFC di Plaza Wawasan, kami pun bergerak menuju ke Kundasang. Jalan berbukit bukau macam mendaki ke Cameron Highland setelah melepasi pekan Tamparuli. Tapi pemandangan sangat cantik. Seriusss....


Sampai kat Kundasang jam 5.30 petang, setelah menghabiskan duit masuk Rumah Terbalik yang macam tak berapa nak ikhlas bayar tiket dia..hehehe. Nasib juga laa waktu nie masih agak cerah, ala ala macam pukul 6.30 kat semenanjung laa.

Nak cari J Residence nie senang jerr, ada signboard kat pintu pagar masuk ke sini. Tapi awas, jalan ke sini sangat curam...menurun bukit sesangat. Tengok laa gambar kat bawah nie...Gayat beb..


Tapi bila dah sampai, satu lagi pulak masalah yang timbul. Nak mandi tapi water heater tak function. Rasanya masalah nie adalah masalah yang sama bila semua blogger tinggal kat sini. Bila husband call, tak berangkat pulak. Email pun tak berjawab...isshhh.. Nasib laa kan, nak buat camner. Nasib juga laa ada disediakan dapur untuk memasak kat luar tu. kalau tak, mau mandi air batu malam tu...grrrrr...sejukk.


Secara keseluruhan, pemandangan cantik. bilik besar dilengkap dengan satu katil queen dan satu katil single. bilik mandi ala ala bilik mandi kat rumah kampung kita jerr. Tak yah nak harapkan bilik air umpama hotel berbintang bintang. Tak ada aircond ya...sebab kat sini memang sejuk. Tapi masalah tak der kipas tu, saya tak leh nak terima. Sebab at least bagi laa kipas walaupun tak der aircond.


Dari sini ke Taman Negara Kinabalu, dekat sangat. panjat bukit, belok ke kanan depan sikit jerr sampai laa ke Kinabalu Park. Kalau duduk kat J residence nie, jangan laa berharap nak tengok gunung Kinabalu. memang tak akan dapat, sebab gunung Kinabalu tu berada di belakang. Manakala J Residence nie berada di bahagian kaki gunung.


Ada disediakan wifi percuma kat sini. Dalam bilik pun boleh dapat jugak dia punya wifi. Nanti bila dah sampai, minta sahaja password kat receptionist dia.


Waktu kami sampai, bilik tengah direfurbish. Baru siap cat rasanya.bau cat pun masih lagi kuat. So sapa sapa yang duduk lepas nie, mesti dapat bilik yang nampak baru laa..


Untuk makan malam ataupun sarapan pagi, saya suka syorkan agar anda beli siap siap dan makan kat sini. Pekan terdekat adalah Kundasang. Ada restoran berdekatan katanya, tapi saya tak gi makan kat situ. Kami keluar ke pekan Kundasang. tapau mee goreng ngan sayap ayam. Makan mee goreng pun ada sup...hebat gitu bahh,


Dengan harga RM88 satu malam dan khabarnya akan naik lagi selepas bulan 7 nie. Bilik memang besar dan selesa. sebelum nak tidur malam, korang boleh laa layan DVD yang dibekalkan. No siaran TV ya...harap maaf bah.


Kalau yang belum pernah sampai ke sini, sebenarnya banyak sangat resort yang ada disini sepanjang jalan menuju ke Kundasang. Kalau bukan peak season, walk in pun boleh kot. Harap harap laa kan. Untuk keselamatan, baik laa kalau booking dulu. Nak yang mahal pun ada, memang mengadap Kinabalu laa..


Lepas nie saya ceritakan apa yang menarik sekitar Kundasang dan kota Kinabalu. tunggu yaaa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan